Pn Mary merupakan seorang guru yang bertugas di SMK Engkilili Sarawak. Pada tahun 2002, Beliau telah mendapatkan Ijazah Pertama di UITM Kota Samarahan, Sarawak dalam Pengajian Kewangan. Selepas itu, belaiu telah mengikuti kursus Peguruan Lepasan Izajah (KPLI) dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pada tahun 2003, beliau telah mendapat Diploma Pendidikan dan dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang. Pada tahun 2004, beliau telah memulakan tugas dengan penempatan pertama di SMK Merbau Miri.Pada Tahun 2008 ,beliau telah diamanahkan memegang tugas sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan. Namun pada tahun 2010 , beliau telah meletakan jawatan kerana berpindah ke SMK Engkilili atas urusan keluarga.Beliau telah memulakan tugas sebagai guru tingkatan Enam pada tahun 2015, apabila sekolah SMK Engkilili diberikan amanah membuka kelas Tingkatan Enam.Oleh itu dalam memperkasakan profesion sebagai guru pengajian perniagaan, beliau menanam tekad untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana walaupun terpaksa meninggalkan anak . Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2015. Beliau bersyukur kerana Tuhan sangat baik dan sentiasa memenuhi keperluan umatNya. Berbekalkan prinsip bahawa tugas mengajar adalah Ibadah. Beliau amat berterima kasih kepada UKM kerana memberikan peluang melnjutkan pengajian dalam Mod Cuti Sekolah. Doa saya, Usaha murni tuan/puan diberkati Tuhan